top of page

Kerajaan Tiada Akta Khas, Jenayah Buli Membimbangan


Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq kecewa kerana kerajaan masih tidak membincangkan satu akta khas mengenai jenayah buli.


Katanya, hal itu memberi kesan kepada kanak-kanak atau mereka yang membuli kerana tiada jenayah spesifik tentang buli.


Jenayah yang impaknya disebabkan oleh buli dimasukkan di bawah undang-undang jenayah yang lain sahaja.


Ketiadaan akta buli menyebabkan gejala buli mental dan emosi meningkat terutama bully shaming dan bully cyber. Hal ini memberi kesan dari segi emosi dan psikologi.


Masyarakat perlu kembali kepada institusi yang dominan seperti keluarga dan pengukuhan rukun negara. Misalnya, kesopanan dan kesusilaan. Kenapa perlu sopan dengan orang, adab-akhlak ini kena dikembalikan dalam masyarakat kena ada ketika masyarakat ada isu buli.


Ekosistem ini juga kena disokong dengan kaunselor komuniti. Setiap ahli komuniti mesti ada kaunselor Manakala kaunselor sekolah perlu ditambah. Sekarang kalau ada 300 murid seorang kaunselor, tidak cukup.


Begitu juga sistem komuniti. Kerajaan perlu sediakan komuniti selamat, bukan sahaja di kawasan perumahan tetapi di alam siber.


Perlu ada komuniti selamat yang boleh menghalang mereka daripada dimalukan di media sosial.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page