top of page

Kerajaan Terengganu wajib jawab isu pembelian kereta baharu Exco



Dakwaan pembelian kereta baharu untuk Exco Terengganu sebagaimana yang tular di media sosial seharusnya dijawab oleh Kerajaan Negeri sama ada mengesahkan pembelian atau sebaliknya.


Bagi Ketua Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, dakwaan tersebut hanya menambah koleksi 'isu isu panas' dalam Kerajaan Negeri sejak Pas menang besar Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu.


"Negeri Terengganu sememangnya tidak pernah sunyi daripada isu-isu menarik dan panas yang melingkari politik dan juga pentadbiran sejak dahulu.


"Terbaru, melalui dakwaan daripada laman sosial Facebook Aliya Ayapam mendedahkan terdapat maklumat pembelian kereta baru untuk kegunaan Exco Terengganu. Gambar yang dimuatnaik itu menunjukkan kereta bernombor pendaftaran negeri Terengganu berjenama Mazda dan Kia.


"Dakwaan ini menimbulkan banyak persoalan. Jika benar pembelian itu dilakukan kenapa Kerajaan Negeri tidak menyiarkan secara rasmi kepada rakyat berhubung pembelian ini? Jikalau betul kenapa pembelian dilakukan tidak berapa lama selepas kemenangan besar Pas di dalam PRN baru-baru ini?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Tegas Ahmad Nadhir, kerajaan Pas tidak boleh dilihat oleh rakyat dalam keadaan sedang membahagi bahagikan 'ghanimah' atau harta peninggalan perang selepas menang PRN dengan dakwaan pembelian kereta terbaharu ini.


Katanya, Menteri Besar (MB) Terengganu perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh netizen berkenaan.


"Menteri Besar Terengganu wajib menjawab persoalan ini bagi membuktikan apa yang mereka laungkan sebelum ini bahawa pentadbiran negeri Terengganu adalah bersih dan telus, lebih-lebih lagi MB Terengganu telah dipotretkan sebagai calon Perdana Menteri daripada Pas setelah menang dalam PRK Kemaman.


"Persoalan ini jika tidak dijawab, hanya akan memakan diri Pas yang begitu obses untuk menampilkan bahawa parti mereka bersih dan pemimpin mereka cekap mentadbir dan bebas daripada salah guna kuasa, tetapi sering dilingkari dengan kontroversi yang tidak berkesudahan," katanya.


Tambah Ahmad Nadhir, kerajaan Pas tidak perlu menambah koleksi dakwaan rakyat terhadap kepincangan pentadbiran mereka dengan kes terbaharu membeli kenderaan rasmi baharu.


Katanya, cukuplah rakyat dibohongi dengan retorik perkauman dan menunggang agama. Jangan diperbodohkan rakyat dengan pembaziran membeli kenderaan sedangkan kenderaan sedia ada masih boleh digunakan.


Kelmarin ini, muatnaik di Facebook Aliya Ayapam memaparkan dakwaan kerajaan Terengganu 'tidak mampu bayar gaji pemain bola sepak negeri, tidak membayar kontraktor membersih kawasan, sukar membayar tuntutan elauan kakitangan' tetapi menjadi persoalan apabila mereka mampu membeli kereta baharu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page