top of page

'Kerajaan Terengganu tutup kelemahan sendiri, tiada hasil tambahan'



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan Kerajaan Negeri Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012 pada pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dilihat hanya cuba mengalihkan kegagalan pimpinan Pas mentadbir negeri itu.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Terengganu, Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali, pimpinan Pas di negeri itu dilihat terus leka menerajui Terengganu tanpa sebarang tumpuan jelas dalam mmbangunkan ekonomi negeri yang boleh menjana hasil.


Katanya, rakyat negeri Terengganu telah memberi sepenuh kepercayaan kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Dr Samsuri Mokhtar, namun kepercayaan itu tidak dibalas dengan menwujudkan lebih banyak peluang ekonomi yang boleh menoktahkan kebergantunan Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan melalui pembayaran wang ehsan.

Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali

"Ini merupakan penggal kedua Pas memerintah negeri Terengganu dan kali ini lebih selesa memerintah kerana Kerajaan Negeri ketika ini tiada pembangkang.


"Tetapi sehingga hari ini Terengganu masih tiada perubahan yang ketara dari segi pembangunan dan ekonomi setempat.


"Dana Persekutuan terus ditagih tanpa memikirkan usaha membina ekonomi negeri tanpa kebergantungan penuh kepada Persekutuan," katanya kepada Suara Keadilan.


Lebih buruk, katanya, sikap pembangkang yang terus menerus memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan pembangunan negeri itu boleh terencat.


Katanya, sikap biadap penyokong dan pemimpin Pas-PN itu tidak seharusnya dibenarkan oleh pemimpin Kerajaan Negeri untuk membina hubungan baik negeri - pusat.


"Sikap hipokrit Pas terbukti apabila terus menyerang seperti menghina Perdana Menteri tetapi dalam masa sama tetap bergantung ihsan Persekutuan untuk mendapatkan dana demi meneruskan pentadbiran.


"Kita semua tahu tanpa bantuan dana Kerajaan Persekutuan, nak bayar gaji penjawat awam negeri pun sukar," ujarnya lagi.


Untuk rekod, belanjawan negeri Terengganu sehingga RM1.3 bilion setahun kebanyakannya dilunasi melalui pembayaran wang ehsan. Sedangkan hasil negeri hanya kira kira 20% daripada jumlah keseluruhan dan hanya cukup untuk membayar gaji sebahagian kakitangan Kerajaan Negeri.


Skim skim bantuan yang diberikan kepada rakyat sejak Pas memerintah pada 2018 lalu seluruhnya dibiayai oleh kewangan kerajaan pusat namun Pas memberi tahu rakyat bahawa dana tersebut merupakan royalti petroleum dan menjadi asas sidang DUN Terengganu minggu lalu menolak Akta Laut Wilayah 2012.


Bagaimanapun, penyokong Kerajaan Madani berhujah, Pas sewaktu memerintah Persekutuan pada 2020 - 2022 hakikatnya mengiktiraf akta berkenaan sebagai berperlembagaan kerana tiada percubaan untuk memindanya di Dewan Rakyat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page