top of page

Kerajaan teliti sistem pembiayaan kesihatan - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan sedang meneliti keperluan menstruktur semula sistem pembiayaan kesihatan supaya lebih mampan dan berkesan untuk jangka masa panjang, demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata kerajaan juga memberikan tumpuan kepada cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional yang dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 hari ini.


"Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Halatuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.


"Perbincangan kami tertumpu pada keperluan menstruktur semula sistem pembiayaan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang, seperti mana yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan," kata Anwar dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.


Hadir sama Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sistem pembiayaan itu juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan berkesan dan peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.


"Mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 yang dibentangkan oleh Kementerian Ekonomi.


"Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu," ujarnya.


Dalam pada itu, Dzulkefly berkata pihaknya menyambut baik perbincangan mengenai cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional serta hala tuju transformasi sistem pembiayaan kesihatan.


"Ini merupakan antara komponen utama dalam reformasi sistem kesihatan negara yang sedang kita laksanakan secara berfasa.


"Saya amat menghargai kepimpinan berwawasan PMX dalam mengangkat agenda reformasi ini — demi memastikan sistem kesihatan awam kita lebih mampan, terangkum dan adil untuk generasi akan datang," jelas beliau.


Dalam pada itu, beliau berkata kementerian turut menyokong penuh Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 yang dibentangkan hari ini, sebagai langkah awal kesiapsiagaan negara menangani cabaran masyarakat menua secara bersepadu.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page