top of page

Kerajaan teliti keperluan bina lebih banyak tebatan banjir di Sabah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 23 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Persekutuan bakal meneliti keperluan untuk projek tebatan banjir dilaksana di beberapa kawasan yang sering berlaku banjir di Sabah.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, perubahan cuaca dan pemanasan global di seluruh dunia menuntut pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani fenomena cuaca ekstrem.


"Sebenarnya ini isu pemanasan global, isu alam sekitar. Memang sekarang ini dengan peningkatan suhu dunia dan perubahan cuaca menyebabkan banjir semakin kerap.


"Jadi di pihak kerajaan kita akan meneliti projek tebatan banjir sebagai langkah jangka panjang menangani bencana itu yang semakin kerap berlaku," katanya dipetik ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Ukhuwah MADANI di Kota Kinabalu semalam.


Program selama dua hari melibatkan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Sepanggar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mengagihkan 10,000 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat.


Dalam perk3mbangan berkaitan, mustapha turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memantau rapat situasi banjir semasa dengan menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin.


"Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) juga kita gerakkan untuk pergi ke setiap PPS dan melihat keperluan serta kebajikan mangsa banjir.


"Saya akan membantu dari segi mempercepatkan, pergerakan agensi berkaitan ke lokasi banjir dan yang sumbangan yang akan diberikan kepada yang mendaftar di pusat penempatan sementara di semua tempat," katanya.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepanggar juga berkata, pihak kerajaan turut memperkukuh sistem penyaluran maklumat dan amaran awal cuaca agar penduduk di kawasan berisiko dapat membuat persediaan lebih awal.


Banjir melanda utara Sabah dilapor mereda, dengan mangsa banjirmenurun kepada 3,266 orang daripada 1,401 keluarga berbanding 5,141 orang daripada 2,160 keluarga dilaporkan pagi Ahad.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page