top of page

Kerajaan teliti kaedah tarik profesional kembali ke Malaysia



Kerajaan Madani sedang meneliti kaedah terbaik untuk menarik golongan profesional warga Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali menyumbang bakat dan pengetahuan di tanah air.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di New York, semalam.


"Saya dan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka (rakyat Malaysia) dalam majlis yang cukup santai.


"Ruangan ini saya menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk menyumbang kepada negara dalam usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang sedang dihadapi negara ketika ini," katanya di Facebook.


Selain itu, PM memberi jaminan bahawa tranformasi ekonomi dan pentadbiran Malaysia pada ketika ini amat dinamik dan tidak akan mensia siakan kepulangan golongan profesional tersebut juga menyediakan pekerjaan terbaik kepada rakyat Malaysia yang masih menuntut ilmu di luar negara.


"Saya maklumkan bahawa Malaysia punyai potensi yang amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik.


"Ia berikutan negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan, selain punyai dasar seperti Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk mendukung matlamat berkenaan," katanya lagi.


* Kredit foto: Afiq Hambali PMO

 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page