top of page

Kerajaan teliti isu elaun pelajar 'intern'



Kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu elaun untuk mahasiswa yang menjalani latihan industri atau 'intern'.


Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata memandangkan 'intern' tidak boleh dianggap sebagai buruh percuma, kerajaan berpandangan keluhan disuarakan golongan itu wajar diberi perhatian sewajarnya.


"Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga telah dibangkitkan dalam International Labour Conference supaya ia diberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.


"Intern ini tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat," katanya dipetik.


Sivakumar sebelumnya diminta mengulas laporan mengenai seorang pelajar universiti awam yang meluahkan kebimbangannya untuk bertahan sepanjang menjalani latihan praktikal pada Oktober ini.


Pelajar wanita itu memaklumkan terdapat latihan industri menawarkan elaun dengan jumlah yang kecil malah ada yang tidak memberi elaun langsung.


Pelajar jurusan pengajian antarabangsa dan strategik itu juga dilaporkan menyuarakan bantahannya dengan membawa sepanduk tertera “intern bukan buruh percuma” di sekitar kampusnya.


Dalam pada itu, Sivakumar turut memberitahu pihaknya akan memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam tempoh terdekat dan secara prinsipnya beliau bersetuju dengan pandangan mahasiswa tersebut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page