top of page

Kerajaan teliti dasar sovereign cloud, pastikan kedaulatan data negara - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

ree

Kerajaan MADANI sedang meneliti keperluan melaksanakan dasar sovereign cloud atau pengkomputeran awan berdaulat bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan data negara terus terjamin.


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, langkah meneliti keperluan itu penting kerana undang-undang Amerika Syarikat, Cloud Act, memberi kuasa kepada pihak berkuasa negara tersebut untuk mengakses data yang disimpan oleh syarikat teknologi mereka walaupun di luar negara.


"Kita perlu mula meneliti aspek keselamatan yang perlu diterapkan dalam penggunaan pengkomputeran awan supaya data sensitif negara sentiasa selamat," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas menjadi panelis pada forum berkaitan keselamatan dalam talian dan kecerdasan buatan (AI) sempena pameran belia 'Youth Empowerment Fair' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) semalam.


Sovereign cloud merujuk kepada kawalan penuh sesebuah negara terhadap data mereka termasuk lokasi penyimpanan, kaedah capaian dan pihak yang boleh mengawalnya.


Beberapa negara lain turut menimbang dasar serupa bagi melindungi kepentingan nasional mereka.


Sementara itu jelas Fahmi, setiap dasar yang mahu dilaksana kerajaan perlu dipastikan bukan hanya untuk memenuhi keperluan semasa tetapi turut memberikan manfaat untuk kepentingan masa depan negara.


"Dasar sovereign cloud berkait rapat dengan isu kedaulatan negara memandangkan majoriti platform teknologi dan media sosial kini dimiliki syarikat teknologi gergasi (Big Tech) yang mengawal data pengguna.


"Contohnya, semua maklumat di Facebook dimiliki Facebook, begitu juga TikTok. Jadi isu pemilikan data ini perlu dibincangkan secara mendalam. Sebarang dasar mesti memberi manfaat jangka panjang untuk negara," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page