top of page

Kerajaan teliti cadangan ubah suai alur limpah PLSB Sungai Golok



Kerajaan Perpaduan sedang meneliti cadangan untuk mengubah suai alur limpah di Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan bagi mengelak banjir 'termenung'.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu sidang media selepas menghadiri sesi libat urus berkaitan isu jerebu rentas sempadan di Putrajaya pada Khamis.


"Kita faham keluh-kesah penduduk di sana. Kita kena tengok balik sebab dah selesai projek, alur limpah yang dibuat terdahulu kita kena ubah," katanya ketika mengulas gesaan penduduk supaya kerajaan mengatasi masalah air tersekat di kawasan itu yang berlaku hampir sebulan.


Nik Nazmi sementara itu mengakui banjir turut berpunca daripada pelaksanaan projek tebatan banjir berkenaan selain jumlah hujan tinggi pada hujung tahun.


Media sebelum ini melaporkan, penduduk di 10 buah kampung termasuk Kampung Kusar, Kampung Padang Licin, Kampung Luar dan Kampung Tasek Bakong berdepan masalah banjir 'termenung' atau sangat lambat surut sejak sebulan lalu.


Kerajaan pada era pentadbiran Perikatan Nasional sebelum ini, meluluskan peruntukan RM656 juta bagi PLSB Sungai Golok Fasa 1, membabitkan empat skop utama, iaitu Ban Banjir Sungai Golok (26.2 km), Ban Banjir Sungai Lanchang Lemal (19.84 km), Kuala Jambu Outlet Gate dan Ban Sungai Mentua.


Projek itu bertujuan mengurangkan masalah banjir di kawasan berdekatan Sungai Golok di Tumpat dan sebahagian Pasir Mas, meningkatkan keselamatan dan kedaulatan negara dengan pembinaan infrastruktur tebatan banjir.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page