top of page

Kerajaan tekad pastikan agenda Bumiputera dinikmati semua lapisan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Perpaduan bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera bagi memastikan manfaat dapat dinikmati pelbagai lapisan dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu hantaran di laman Facebooknya menekankan dan mahu Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera.


"Ianya perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera.


"Justeru pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenalpasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik," katanya.


Kenyataan tersebut menyusul Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputra (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 dipengerusikan Anwar pada Rabu.


Pada mesyuarat dihadiri ahli MEB terdiri dua timbalan perdana menteri, menteri-menteri berkaitan serta wakil daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu beliau telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input yang diperoleh daripada sesi libat urus yang diadakan.


"Hatta, perbincangan turut menyentuh persediaan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) dijadual 29 Februari hingga 2 Mac, waima saya tekankan supaya Kongres ini perlu menjadi penggerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera.


"Usai mesyuarat, saya turut mengambil kesempatan untuk menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024. Kongres ini akan berlangsung pada hujung Februari 2024," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page