Kerajaan tegas tangani jenayah di sekolah, janji siasatan telus, tindakan tegas
- Suara Keadilan

- Oct 16
- 1 min read

Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan siasatan telus dan tindakan tegas terhadap insiden jenayah yang berlaku di kawasan sekolah kebelakangan ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRAM) tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah di sekolah, sama ada melibatkan pelajar atau orang luar.
Beliau memberi jaminan bahawa mana-mana individu yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan mengikut undang-undang sedia ada, termasuk di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak.
"Rakyat berhak memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sekolah kerana anak-anak mereka dihantar ke institusi pendidikan tersebut.
"Polis Diraja Malaysia akan mengukuhkan keyakinan rakyat termasuk ibu bapa dengan membawa pelaku jenayah sekolah ke muka pengadilan menggunakan undang-undang sedia ada," katanya dipetik ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek IPD Muallim di Tanjong Malim pada Rabu.
Insiden tragik membabitkan pelajar perempuan yang ditikam hingga mati di Bandar Utama pada Selasa serta kes rogol di Alor Gajah baru-baru ini menjadi isyarat jelas perlunya tindakan menyeluruh bagi memastikan sekolah menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak.
Bagaimanapun tegas Saifuddin, peranan menangani jenayah tidak boleh diletakkan pada bahu pasukan berkuasa semata-mata sebaliknya melibatkan pihak sekolah, pemimpin masyarakat dan komuniti.









Comments