top of page

Kerajaan tawarkan program tambah pendapatan ganti keluar KWSP



Kerajaan Persekutuan menawarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menggantikan permintaan untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat kali keempat.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim pertanian dan perniagaan yang dibantu sepenuhnya oleh kerajaan untuk kelompok miskin dan B40 itu dijangka boleh menghindarkan golongan sasaran daripada keperluan mengeluarkan wang simpanan untuk bertahan hidup.


"Pendekatan sebelum ini kita membiarkan kerajaan menentukan segalanya dan pihak kerajaan pula beri sumbangan tunai dalam memastikan kehidupan berlangsung dengan baik.


"Dalam beberapa tahun lepas muncul idea kita guna tabungan untuk hari tua dan tanbungan itu telah susut sejak beberapa kali pengeluaran dilakukan. Simpanan hari tua sangat rendah. Ada sesetengah pencarum mempunyai 78 sen sehari (selepas bersara) setelah mereka mengeluarkan wang caruman KWSP masing masing


"Setelah kita mendengar cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan, suntikan bantuan dari segi mengeluarkan bebanan hutang dari muflis hingga mengurangkan cukai tertentu, cadangan baik pulih insfrastruktur dan sebagainya, hari ini saya gembira apabila diberi cadangan supaya rakyat boleh bersama sama menyelesaikan masalah debgan bimbingan Kerajaan Persekutuan (melalui IPR)," katanya dalam majlis pelancaran skim IPR hari ini di Ampang, Selangor.


Kata Amirudin lagi, skim IPR itu yang melibatkan Kerajaan Negeri memberi kebenaran guna tanah pertanian dan sumbangan peralatan perniagaan secara bimbingan kerajaan adalah merupakan usaha yang selaras dengan program bantuan terbaharu di negeri Selangor.


Iaitu, katanya, bukan berbentuk wang tunai kepada rakyat tetapi dengan cara peserta IPR berusaha mendapatkan pendapatan sendiri yang berterusan dan mereka berpeluang menjadi maju jaya sekiranya rajin.


"Saya percaya kita dapat mengeluarkan mereka ini dalam kalangan B40 apabila suntikan sumbangan Kerajaan Negeri, baitumal dan zakat dilakukan.


"Kami di Selangor selama ini banyak memberikan kemudahan, dari anak baru lahir sampailah warga emas. Namun begitu mulai 2019 saya mengubah sedikit pendekatan itu daripada pemberdayaan (usaha) dan bukan lagi pemberian.


"Saya juga tidak mahu melahirkan rakyat yang bergantung sepenuhnya dengan kerajaan dan menghilangkan kebolehsaingan warga," katanya lagi.


1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page