Kerajaan tanggung penuh pengajian Putera Iman di UUM
- Suara Keadilan

- Sep 25
- 1 min read

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Tinggi akan menanggung sepenuhnya yuran pengajian pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Putera Iman Shah Shahiran, 19, sehingga tamat pengajian.
Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar) berkata, pengajian pelajar yatim piatu itu akan diuruskan menerusi Program SULUNG .
Bagi memudahkan pengajiannya, Putera Iman turut akan menerima komputer riba dan wang saku bulanan bagi menampung keperluan di kampus.
"Kisah adik Putera benar-benar menyentuh hati. Walaupun kehilangan kedua-dua ibu bapa pada usia muda, beliau tetap bersemangat untuk melanjutkan pelajaran
"Program SULUNG ini inisiatif khas kita membantu anak pertama dalam keluarga yang berjaya ke menara gading, kita mahu pastikan beliau dapat belajar dengan tenang tanpa terbeban dengan masalah kewangan," kata Dr Zambry dipetik.
Kisah Putera Iman menjadi perhatian selepas tular gambarnya hadir seorang diri mendaftar sebagai mahasiswa baharu UUM.
Pelajar cemerlang di Pusat Matrikulasi dengan CGPA 3.7 itu disambut mesra warga universiti di Stesen Keretapi Arau, Perlis.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi Pejabat Pusat Khidmat Parlimennya pada Ogos lalu telah menyantuni Putera Iman.
Selain menghulurkan sumbangan, Fadhlina turut menyatakan komitmen membantu memudahkan urusan kemasukan beliau ke universiti.









Comments