top of page

Kerajaan tambah elaun sara hidup pelajar tajaan JPA



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Melalui satu kenyataan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan bagi pengajian dalam dan luar negara.


Tambah beliau, ia membabitkan kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November 2022.


Ini termasuk kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.


"Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian," katanya.


Menurut kenyataan sama, sebanyak 43,595 orang pelajar bakal mendapat manfaat itu dengan kerajaan akan menaggung implikasi kewangan dengan anggaran RM52.03 juta bagi tempoh enam bula mulai bulan hadapan.


Inisiatif semakan semula kadar ESH ini, katanya, akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian.


Pada masa sama, beliau berkata, bantuan tersebut juga bagi memastikan memastikan penawaran penajaan kerajaan adalah kekal releven dan berprestij.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page