top of page

Kerajaan tambah bas, pastikan airan pulang kampung lancar



Sebagai sebahagian usaha memudahkan perantau pulang meraikan sambutan Aidilfitri 2023, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) meluluskan 256 bas tambahan bagi menampung permintaan tiket.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata jumlah bas tambahan yang diluluskan APAD melalui permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Perayaan itu adalah 1.5 kali ganda berbanding pada 2022 (98 bas tambahan).


"Ini menunjukkan terdapat peningkatan permintaan daripada pengguna sekali gus mencerminkan tanda-tanda pemulihan ekonomi negara khususnya dalam sektor pengangkutan awam selepas negara beralih kepada fasa peralihan endemik pada 1 April 2022," katanya.


Beliau berkata begitu kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Rabu.

Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, pengendali TBS telah mengambil langkah-langkah persediaan untuk menampung jumlah penumpang yang tinggi bermula 18 April hingga 22 April antaranya penambahan kakitangan, kaunter tiket dan kaunter pertukaran tiket.

Dari segi keselamatan pula tegasnya, bas-bas tambahan yang diluluskan disaring bagi mematuhi semua kriteria permohonan seperti yang telah diluluskan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).


Syarikat terbabit juga diminta memastikan GPS pada kenderaan mereka sentiasa berfungsi bagi memantau pergerakan serta merekod kelajuan kenderaan.


Turut dilaksanakan ialah keselamatan 24 jam di terminal oleh Unit Polis Bantuan, pemantauan keselamatan berterusan melalui 623 buah kamera litar tertutup (CCTV).


Kakitangan terminal juga ditambah bagi mengawal pengurusan trafik dan laluan di sekitar terminal dan mengadakan operasi bersepadu dengan pihak berkuasa.


Selain itu menurutnya, pihak TBS turut mengambil inisiatif untuk memastikan status tiket dan sebarang makluman jadual perjalanan dikemas kini di Sistem Paparan Maklumat Pengguna dan semua saluran media sosial seperti laman sesawang TBS, Facebook, Instagram dan Twitter.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page