top of page

Kerajaan tamatkan perkhidmatan ejen visa secara berperingkat



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Agensi Pengendali Permohonan Visa Malaysia (APPVM), bermula dengan Bangladesh pada 31 Januari lalu.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penamatan itu akan disusuli negara-negara lain termasuk 10 negara sumber dan tiga negara bukan sumber berkuatkuasa pada 31 Mei dan 31 Disember tahun ini.


"Objektif utama penamatan adalah untuk pertingkatkan kecekapan proses pengambilan pekerja asing dengan mengurangkan lapisan birokrasi yang tidak memberi nilai tambah kepada kerajaan.


"Selain itu majikan tidak lagi dibebankan dengan kos yang perlu dibayar kepada ejen pengendali pekerja asing," katanya dalam Sidang Media Menteri Dalam Negeri, di Putrajaya, hari ini.


Menurutnya, melalui MYVISA majikan boleh membuat permohonan secara terus kepada pekerja asing tanpa melibatkan ejen pengendali.


"Dalam hal ini kerajaan telah beri akses ID kepada para majikan untuk membuat permohonan visa bagi kategori pekerja asing yang mana proses bergantung sepenuhnya kepada para majikan.


"Berdasarkan semakan majikan hanya perlu tiga hingga empat hari sahaja untuk selesaikan proses permohonan visa," ujarnya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page