top of page

Kerajaan tak lagi benar syarikat swasta taja lawatan penjawat awam



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membuat peraturan baharu yang mepamerkan tadbir urus baik. Terbaharu Perbendaharaan membuat ketetapan bahawa pembiayaan lawatan penjawat awam ke luar negara berkaitan perolehan kerajaan tidak lagi dibiayai syarikat swasta, sebaliknya dibiayai sepenuhnya melalui obligasi kontrak.


Perkara itu dinyatakan melalui pekeliling baharu Tugasan Ke Luar Negara berkaitan Perolehan Kerajaan PK 2.14 yang berkuat kuasa 20 Disember lalu.


Antara tugasan luar negara yang disenaraikan termasuk pemeriksaan sebelum penerimaan (PDI), ujian penilaian kilang (UPK), laporan pemantauan projek (PMR), mesyuarat pelaporan eksekutif (ERM), ujian penerimaan akhir (FAT),Transfer of Title (TOT); dan latihan.


"Tugasan tersebut mestilah untuk tujuan mengesahkan status pembuatan produk, pemantauan dan perbincangan isu-isu berkaitan projek atau produk tersebut antara agensi dan kontraktor," kata Perbendaharaan dalam pekeliling tersebut.


Pekeliling itu turut menyatakan jumlah pegawai terbabit dengan tugasan hendaklah dihadkan kepada yang perlu sahaja serta berkaitan dengan kepakaran teknikal perolehan berkenaan.


Bilangan wakil kerajaan hendaklah tidak lebih daripada tiga orang pegawai terdiri daripada seorang pegawai yang terbabit dengan perolehan dan sekurang-kurangnya seorang pegawai teknikal.


Turut ditetapkan ialah nilai perolehan bagi tugas ke luar negara selepas pelawaan tender mestilah melebihi RM10 juta kecuali perolehan haiwan.


Bagi perjalanan luar negara untuk latihan, pemindahan teknologi, kaedah atau cara penggunaan serta penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan yang diperoleh bagi meningkatkan kemahiran pegawai, ia mesti dinyatakan dalam kontrak dengan segala butiran dan kos sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kontrak.


Kos adalah berdasarkan kelayakan rasmi mengikut gred pegawai merangkumi bilangan pegawai terbabit, elaun makan minum, kos pengangkutan, penginapan, lain-lain elaun, tempoh lawatan atau latihan, tarikh tentatif dan kekerapan lawatan atau latihan.


"Jika perolehan itu akan membabitkan lawatan atau latihan ke luar negara, agensi hendaklah menyatakan sedemikian di dalam dokumen pelawaan tender bahawa pembekal atau kontraktor hendaklah menyatakan anggaran kos berkaitan secara berasingan dan jelas dalam tawaran tender.


"Jika tender telah dipelawa tanpa menyatakan kos lawatan atau latihan yang terbabit, maka agensi tidak dibenarkan untuk membuat sebarang lawatan atau latihan berkaitan perolehan itu," kata pekeliling itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page