top of page

Kerajaan suntik RM34.8 juta bantu institusi pondok seluruh negara - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12
  • 1 min read
DS Anwar berucap di Kenduri Rakyat Bersama Warga Institut Pendidikan Islam (Tahfiz/Pondok) Negeri Perak
DS Anwar berucap di Kenduri Rakyat Bersama Warga Institut Pendidikan Islam (Tahfiz/Pondok) Negeri Perak

Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan RM34.81 juta bagi melaksanakan 137 projek pembaikan kecil di sekolah pondok dan tahfiz seluruh negara bagi memperkukuh peranan institusi itu sebagai benteng ilmu dan akhlak umat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbirannya sentiasa komited memastikan penambahbaikan kemudahan asas seperti bumbung, tandas, bilik darjah, perpustakaan dan makmal sains di institusi berkenaan demi keselesaan pelajar.


"Tujuannya adalah bagi memastikan keselesaan pelajar di institusi pondok dan tahfiz yang telah lama menjadi benteng kekuatan ilmu serta akhlak umat.


"Beberapa sekolah pondok, kita lihat keadaan sangat daif, bumbungnya bocor, tandas rosak dan sebagainya. Oleh itu semua ini mesti disegerakan pada bulan ini juga, tidak boleh tangguh," katanya dipetik.


Anwar sebelumnya berucap di Kenduri Rakyat Bersama Warga Institut Pendidikan Islam (Tahfiz/Pondok) Negeri Perak di Ipoh pada Sabtu.


Anwar yang juga Menteri Kewangan sementara itu menjelaskan, peruntukan itu merupakan fasa awal, dengan kerajaan akan menilai semula untuk penambahan peruntukan pada peringkat seterusnya.


Selain itu tegasnya kerajaan MADANI sejak 2022 turut membuktikan komitmennya menyokong pendidikan institusi institusi pondok dan tahfiz dengan mengembalikan semula bantuan setelah ia dihentikan lebih dua dekad lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page