top of page

Kerajaan subsidi harga tiket ke Sabah, Sarawak untuk perayaan Kaamatan, Gawai




Warganegara Malaysia yang ingin pulang ke Sabah atau Sarawak merayakan Pesta Kaamatan yang akan disambut pada 30 Mei dan Hari Gawai pada 1 Jun ini akan diberi subsidi harga tiket kapal terbang.


Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Foke, harga tiket pada nilai RM300 bagi perjalanan sehala akan diperkenalkan dan boleh dibeli mulai 20 Mei 2023.


"Kementerian Pengangkutan telah dalam hal tersebut telah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk satu program perintis di mana Kerajaan akan membeli semua baki tiket penerbangan sehala dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak semasa tempoh tiga hari perjalanan sebelum tarikh sambutan kedua-dua perayaan terbabit.


"Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan-laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak akan ditetapkan sebanyak maksimum RM300 atau mengikut harga sebenar tambang (jika tidak naik pada saat akhir) sekiranya harga tiket tersebut kurang daripada RM300.


"Harga ini tidak termasuk cukai dan fi," katanya dalam sidang media di Stesen Keretapi Kuala Lumpur, pagi tadi.


Kata Loke, setakat 17 Mei 2023, baki tiket penerbangan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 17,708 tiket.



Bagi tiket penerbangan bagi laluan Johor Bahru-Sibu untuk tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai yang telah habis dijual maka Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama Batik Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan sewa khas (charter) dengan kekerapan sekali sehari pada tarikh tarikh tersebut tertakluk kepada permintaan sebenar.


"Harga tiket penerbangan sehala bagi setiap penumpang bagi laluan ini juga akan turut ditetapkan sebanyak RM300 dan harga ini tidak termasuk cukai dan fi," katanya.


Penetapan harga tambang itu, kata Loke, akan mengurangkan perbelanjaan rakyat dari Malaysia Timur yang akan pulang merayakan kedua dua perayaan yang biasanya menghadapi kenaikan harga tiket pada saat akhir. Pelan harga tiket subsidi itu, katanya akan dilaksanakan bermula jam 1 pagi 20 Mei ini.


Orang ramai, tambah Loke, boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh tersebut.


"Anggaran kos keseluruhan bagi bantuan subsidi sempena musim perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai ini adalah di antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta, meliputi bayaran perolehan baki tiket penerbangan dan bayaran sewa khas penerbangan.


"Pemberian bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sempena musim perayaan diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman," kata Loke lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page