top of page

Kerajaan sokong agenda penerbangan mampan, dasar karbon sifar 2050

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 2 min read

Anthony Loke dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara
Anthony Loke dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI komited menyokong agenda kelestarian global dan sasaran mencapai karbon sifar bersih menjelang 2050, selaras aspirasi jangka panjang (LTAG) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).


Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, kementeriannya menggalakkan lebih banyak sesi libat urus bersama syarikat penerbangan dan pihak berkaitan mengenai pelaksanaan bahan api penerbangan mampan (SAF) agar ia tidak menjejaskan daya saing industri negara.


"Penyahkarbonan sektor penerbangan menuntut pendekatan whole-of-nation yang melibatkan kerajaan, syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang, penyedia trafik udara dan pihak industri. Malaysia berhasrat menjadi hab penerbangan mampan serantau," katanya menerusi satu kenyataan.


Terdahulu, Loke mempengerusikan Mesyuarat Majlis Konsultasi Penerbangan Negara (National Aviation Consultative Council – NACC) di Kuala Lumpur.


Mesyuarat dihadiri 95 wakil kepimpinan tertinggi kementerian, agensi kerajaan persekutuan dan pemain utama industri penerbangan negara memberi tumpuan kepada perkembangan positif sektor kargo udara negara yang mencatat kenaikan 4.4 peratus pada suku kedua 2025 dengan jumlah 272,939 tan metrik, berbanding 261,385 tan metrik pada tempoh sama tahun lalu.


Fokus mesyuarat kepada inisiatif menjadikan KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebagai hab kargo negara.


"Dalam mesyuarat tersebut, beberapa tindakan susulan turut diputuskan termasuk: Kajian semula pelaksanaan Green Lane bagi mengatasi isu kesesakan pemeriksaan kastam di KLIA Terminal 1 dan 2; Penambahbaikan pengurusan slot penerbangan oleh National Slot Coordination Malaysia (NSCM) dan Penubuhan Task Force bagi memantau projek penggantian sistem pengendalian bagasi (BHS) di KLIA.


"Juga dibincangkan ialah pelaporan berkala oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memastikan projek pembangunan lapangan terbang mengikut jadual dan pembinaan kemudahan aksesibiliti penumpang dan bagasi antara KLIA Terminal 1 dan 2 di kawasan airside bagi memastikan ketersambungan berterusan penumpang dan bagasi antara kedua-dua terminal," kata kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page