top of page

Kerajaan serius teliti ketirisan dalam Laporan Ketua Audit Negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 18, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan serius dalam meneliti Laporan ketua Audit Negara 2021 yang terdapat banyak ketelanjuran.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet tengah hari tadi.


Menurut beliau Jemaah Menteri diminta mengambil serius ketelanjuran kerajaan lalu dan tidak wajar mengulanginya pada tahun ini.


"Kita ambil masa panjang juga teliti Laporan Ketua Audit Negara, tetapi kita ambil pengajaran (dalam) mesyuarat pasca kabinet. Teliti teguran dibuat, soal perbelanjaan, ketirisan. Ini disebut teliti, saya percaya mereka akan umumkan pada waktu sesuai dalam sidang akan datang.


"Untuk kali ini saya minta supaya Jemaah Menteri ambil serius perkara ini tidak berulang. Laporan Audit Negara kadang kadang beri syor tetapi ketelanjuran sama itu diteruskan tahun demi tahun," katanya.


Selain itu, kata PM, ditimbulkan juga cadangan penambahan jawatan ketua hakim bagi negeri di Malaysia Timur dan naiktaraf bangunan mahkamah.


Hal pelantikan ketua hakim, katanya, akan ditentukan oleh Yang Dipertua Negeri terlebih dahulu.


"Di kemukakan juga cadangan penambahan jawatan Ketua Hakim Mahkamah Sabah dan Sarawak. Pertambahan jawatan kerana meningkat kes di Sabah dan Sarawak.


"Kedua keperluan melihat kedudukan bangunan mahkamah di sana dikesan agak daif. Tetapi proses pelantikan hakim kalau ikut peraturan fasal Perlembagaan memang dirujuk kepada Yang Dipertua Sabah dan Sarawak sebelum dipersembah kepada Agong," katanya.


Selain itu, kata Anwar, mesyuarat juga memutuskan tentang pelantikan atau kewujudan pesuruhjaya kanak kanak untuk anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.


Katanya, akan ada cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM kerana banyak masalah perlecehan dan penderaan kanak kanak. Selain Timbalan Perdana Menteri diminta mempengerusikan jawatankuasa sosial untuk meneliti semua masalah berkaitan hal kanak kanak.


Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page