top of page

Kerajaan semak semula Akta Hasutan lindungi institusi Diraja



Akta Hasutan 1948 [Akta 15] bakal disemak semula bagi memastikan dapat digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, kerajaan telah bersetuju secara prinsip berhubung perkara itu selepas beliau sendiri membentangkan hasil Dialog Perundangan 3R kepada Jemaah Menteri.


"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci Akta Hasutan 1948 [Akta 15] dan memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi institusi raja-raja secara holistik," katanya dipetik.


Media sebelum ini melaporkan bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk akta baharu berdasarkan aspek sivil bagi memastikan keharmonian negara dapat dipelihara.


Ia berikutan cabaran yang dihadapi ketika ini apabila media sosial digunakan bagi mempermainkan isu 3R, ia mampu dinafikan dan tiada mempunyai bukti kukuh.


Sementara itu, Azalina turut menegaskan aspek lain berkenaan provokasi melibatkan agama dan bangsa juga akan diteliti.


Akta perundangan baharu mengenai keharmonian dan perpaduan negara juga mungkin digubal dengan mengambil kira pandangan institusi raja-raja sebagai ketua agama Islam dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page