top of page

Kerajaan Selangor Wujudkan Dasar Perpaduan Negeri



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Usaha untuk menyemarakkan semangat perpaduan di peringkat Persekutuan melalui penubuhan semula Kementerian Perpaduan Negara pada 10 Mac 2020 telah membawa kepada penubuhan Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) pada 3 Julai 2021.


YB Dr Siti Mariah Mahmud selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai MPIS. Kerajaan Negeri Selangor melalui inisiatif Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah menjadi negeri pertama menyambut seruan Kementerian Perpaduan Negara untuk mewujudkan portfolio perpaduan dalam pentadbiran kerajaan negeri, pada masa kini negeri-negeri lain di Malaysia baru selesai membentuk portfolio tersebut namun kerajaan Negeri Selangor mengorak langkah kehadapan sekali lagi dengan merangka Dasar Perpaduan Negeri Selangor.


Dasar tersebut telah selesai dirangka dan menunggu masa untuk dilaksanakan apabila mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri Selangor dan perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Dasar Perpaduan Negeri Selangor dirangka menggunakan asas yang telah dibentuk oleh Dasar Perpaduan Negara 2021, namun terdapat beberapa perkara yang diberi penekanan sesuai dengan persekitaran Negeri Selangor yang majmuk dari segi taburan kaum.


Keharmodian Selangor gambarkan kemakmuran Malaysia


Demografi negeri Selangor memperlihatkan pecahan kaum Melayu/ Bumiputera sebanyak 54%, 24% kaum Cina, 11% kaum India dan penduduk bukan warganegara Malaysia sebanyak 9%.

Mohd Fauzi Fadzil

Pecahan kaum tersebut dilihat hampir sama dengan pecahan kaum di seluruh Malaysia, justeru keharmonian di Negeri Selangor dapat menggambarkan keharmonian seluruh Malaysia. Pernyataan ini tidak dapat disangkal memandangkan sejarah telah membuktikan bahawa ketegangan antara kaum di seluruh Malaysia bermula di Negeri Selangor.


Peristiwa rusuhan Kuil Seafield Sri Maha Mariamma pada tahun 2018 sehingga meningkatkan suhu ketegangangn antara kaum bermula di Subang Jaya, malah peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bermula di Setapak. Kejadian-kejadian tersebut membuktikan bahawa negeri Selangor adalah cerminan keharmonian dan perpaduan Malaysia, jika Selangor diuruskan dengan baik dan harmoni maka seluruh Malaysia juga akan mendapat cerminan yang sama.


Dasar perpaduan negeri garis 3 teras


Usaha untuk memastikan perpaduan kaum di Selangor terlaksana telah digariskan di dalam Dasar Perpaduan Negeri Selangor. Dasar tersebut telah menggariskan 3 teras, 5 matlamat dan 27 strategi untuk memastikan hasrat Dasar Perpaduan Negeri Selangor dapat dicapai.


Beberapa inovasi perpaduan telah diperkenalkan di dalam dasar tersebut, antara inovasi perpaduan yang menarik perhatian adalah pengenalan konsep Bangsa Sepunya. Konsep itu cuba meningkatkan perpaduan dalam kalangan penduduk Selangor dengan memberi perkongsian nilai antara semua kaum sambil menyedari bahawa mereka semua berbeza dari segi fitrah.


Perkongsian nilai antara semua kaum di Selangor menjadikan mereka sebagai sebuah Bangsa Sepunya. YB Dr Siti Mariah Mahmud selaku pengerusi MPIS sedar bahawa kakitangan Kerajaan Negeri Selangor secara bersendirian tidak akan mampu melaksanakan Dasar Perpaduan Negeri, jauh sekali memberi kefahaman secara holistik kepada seluruh rakyat Selangor berkenaan dasar tersebut.


Justeru beliau telah mewujudkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Duta Perpaduan Selangor, melalui inisiatif tersebut maka 15 orang duta telah dipilih dan akan membantu MPIS mewujudkan perpaduan di Selangor dengan menggunakan Dasar Perpaduan Negeri Selangor sebagai panduan.


Inisiatif ini adalah antara yang pertama seumpamanya di Malaysia, kejayaan inisiatif ini akan membantu Selangor mengorak langkah kehadapan sebagai negeri termaju di Malaysia disamping mengekalkan keharmonian antara kaum.


______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Duta Perpaduan Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page