top of page

Kerajaan Selangor usaha bantu gajet pendidikan untuk pelajar di Ampang



Menyedari pendidikan pada era digital amat penting bagi pelajar generasi milineum, Kerajaan Negeri berusaha membantu membekalkan peranti terkini yang diperlukan bagi pendidikan pelajar B40.


Menurut Penyelaras Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, peranti yang sesuai amat diperlukan untuk murid murid belajar dengan sempurna dan menjadi cemerlang dalam kehidupan.


"Saya selaku Penyelaras Parlimen, banyak permohonan sampai ke pejabat saya terutama isu berkaitan pendidikan. Saya tak boleh nak nafikan bila mana kita lihat anak anak kita ketinggalan dalam pendidikan.


"Sampai masa kita berikan keutamaan kepada digital, ini zaman mereka, semua pasal digital.


"Tiada komputer akan sikit ketinggalan. Alhamdulillah kita sampaikan sedikit komputer kepada NGO.


"Kita tidak dapat membantu keseluruhan tetapi kita dapat mengurangkan sedikit kekangan yang dihadapi," katanya dalam majlis Majlis Serahan Sumbangan untuk pelajar dan Majlis Pelancaran Pusat Perkhidmatan Pinjaman Perumahan, anjuran Persatuan Inisiatif Bina Ummah (IBU) dan Masjid Ukay Perdana, semalam.


Selain itu, beliau juga menghargai usaha pihak Masjid UKAY Perdana yang cuba membantu penduduk di kawasan berkenaan untuk membuat pinjaman perumahan.


"Hari ini juga kita rasmikan pusat pinjaman perumahan. Masjid UKAY Perdana cuba bantu penduduk sekeliling bagaimana untuk buat pinjaman perumahan. Kalau dah buat nak struktur kembali pun boleh," katanya.


Rodziah melancarkan Pusat Permohonan Pinjaman Perumahan Masjid Ukay Perdana

Dalam program berkenaan, Rodziah turut memperkenalkan skim baharu milikan perumahan di bawah Rancangan Selangor 1. Katanya, melalui skim itu keluarga B40 akan dibenarkan memiliki rumah secara skim sewa dan milik.


"Orang B40 tak semestinya mereka nak rumah, ada yang perlukan kediaman, nak sewa. Dulu sewa beli sekarang kita perkenal skim sewa milik.


"Selangor antara negeri yang amalkan sewa dulu, selepas 5 tahun kita tolak deposit 30% dan tawarkan rumah berkenaan kepada penyewa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page