top of page

Kerajaan Selangor Tidak Tindas Sekolah Agama Persendirian



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Tuduhan yang melampau terus dilemparkan terhadap kerajaan Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan 6 buah negeri sekitar Ogos nanti.


Terdahulu kerajaan Negeri Selangor dituduh cuba menghalang usaha dakwah apabila beberapa penceramah telah ditapis daripada mendapatkan tauliah mengajar di masjid dan surau. Isu tersebut telah dijelaskan bahawa tapisan tersebut dilakukan atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang mahu rumah ibadat di Selangor kekal terpelihara daripada unsur politik kepartian.


Terkini wujud pula tuduhan bahawa kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi tekanan kepada pihak Sekolah Agama Persendirian (SAP) untuk mendapat kelulusan beroperasi.


Tidak ikut syarat, PBT ambil tindakan


Terdapat pengusaha SAP yang telah didenda oleh PBT kerana beroperasi tanpa mengikut syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan. Pengusaha tersebut mengadu bahawa syarat seperti pemasangan hos kekili (hose reel) menelan kos yang banyak dan tidak boleh diadakan oleh pengusaha SAP.

Mohd Fauzi Fadzil

Kegagalan mendapatkan kelulusan daripada PBT juga menyebabkan segelintir SAP tidak dapat mendaftarkan pelajar mereka untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun ini di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).


Terdapat segelintir NGO menuduh bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memperketatkan syarat-syarat pendaftaran bersama PBT dan JAIS pada tahun ini sehingga menyebabkan 80 buah sekolah dan lebih 20,000 pelajar terjejas.


Perkara ini telah dijawab oleh YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Negeri Selangor sebanyak dua kali melalui kenyataan media pada 16 Jun 2023 dan 22 Jun 2023.


Perkara pertama yang perlu difahami bahawa syarat PBT untuk membenarkan SAP beroperasi telah wujud sebelum tahun 2021 lagi, namun atas titah D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada tahun 2018 maka satu ‘Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor’ telah diwujudkan pada tahun 2019.


Garis panduan tersebut telah dikuatkuasakan pada tahun 2021 bagi memastikan tragedi kebakaran yang melanda sebuah SAP pada tahun 2018 sehingga meragut 23 nyawa dan mencederakan 5 murid tidak berulang lagi.


Kerajaan tindas SAP tidak benar


Justeru rungutan oleh sesetengah pengusaha SAP bahawa kerajaan Negeri Selangor sengaja menyusahkan mereka dengan meletakkan syarat pendaftaran yang ketat serta mengeluarkan denda adalah tidak benar.


Kesemua pengusaha SAP di Negeri Selangor telah diberikan kelonggaran selama dua tahun (2021-2022) untuk mematuhi garispanduan yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Negeri. Namun pada tahun 2023 Kerajaan Negeri melalui PBT dan JAIS terpaksa mengambil pendirian tegas bagi memastikan keselamatan murid-murid SAP terus terpelihara.


Tiada sebarang arahan penutupan SAP dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang didakwa sesetengah pihak, PBT hanya mengeluarkan arahan pemindahan SAP kerana status bangunan yang sedang mereka duduki dan beroperasi adalah bangunan komersial.


Kerajaan Negeri cuba bantu SAP


Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka dan cuba membantu pembangunan SAP demi kelestarian pendidikan anak-anak beragama Islam pada masa hadapan, namun terdapat perkara yang tidak boleh dikompromikan terutama melibatkan isu keselamatan.


Exco Mohd Zawawi Ahmad Mughni mengambil tanggungjawab mempengurusikan Jawatankuasa Taskforce Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor. Beliau sedang berusaha berbincang bersama agensi terlibat untuk memberi tempoh tambahan selama tiga tahun bagi pengusaha SAP menyelesaikan isu berkaitan.


Usaha ini turut mendapat dokongan daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi SAP.


Justeru tuduhan melampau yang dilemparkan terhadap kerajaan Negeri Selangor adalah tidak adil, malah tuduhan ini muncul menjelang PRN yang bakal menjelang tidak lama lagi.


________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page