top of page

Kerajaan Selangor Teroka Peluang Perniagaan Di Kanada



Oleh: Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Delegasi Kerajaan Negeri Selangor telah menyelesaikan misi meneroka peluang industri halal di Kanada bermula 10 Mei 2023 hingga 21 Mei 2023. Tanggungjawab berat dipikul oleh beberapa pimpinan Kerajaan Negeri yang mengetuai delegasi tersebut sepanjang misi berkenaan berlangsung.


Delegasi tersebut turut disertai oleh YB Zawawi Mughni dan YB Rodziah Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri Halal. Misi yang berlangsung selama 10 hari itu diiringi oleh kumpulan usahawan yang telah dibangunkan oleh kerajaan Negeri Selangor seramai 8 orang, penyertaan kumpulan usahawan ini adalah untuk membantu mereka membuka ruang pengembangan produk mereka ke Kanada.


Secara kebetulan, terdapat delegasi usahawan yang turut dihantar bersama ke Kanada seramai 10 orang oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), delegasi MARA terlibat secara langsung bersama delegasi Kerajaan Negeri Selangor untuk beberapa program penting sepanjang di Kanada.


Sertai dua forum berprestij


Fokus utama delegasi yang telah dihantar oleh Kerajaan Negeri ke Kanada adalah untuk menyertai dua program antarabangsa yang mempunyai impak besar iaitu Expo Salon International de l'Alimentation (SIAL) 2023 dan Halal Expo Canada (HEC) 2023.



Kedua-dua program tersebut telah disertai oleh pemegang taruh perniagaan di seluruh dunia secara umum dan Kanada secara khusus, penyertaan program tersebut mampu membuka ruang baru kepada pembangunan usahawan dan industri halal di Negeri Selangor.


Sesuatu yang membanggakan apabila delegasi Malaysia telah memenangi Anugerah Booth terbaik bagi Halal Expo Canada (HEC) 2023, anugerah tersebut telah diserahkan oleh Datuk Bandar Mississauga, Bonnie Crombie kepada wakil delegasi Malaysia iaitu Datin Paduka Siti Hajjar Adnin selaku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada.


Delegasi kerajaan Negeri Selangor turut meneroka ruang pembangunan usahawan dan pengembang industri halal dengan mengadakan pertemuan bersama beberapa pemilik pasaraya terkemuka di Kanada seperti Arz Fine Foods, T&T Supermarket, Wallmart Canada dan A1 Cash & Carry.


Berjaya buka ruang niaga


Pertemuan tersebut berjaya membuka ruang untuk usahawan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan produk mereka kepada pengusaha pasaraya di Kanada, pertemuan tersebut dianggap berjaya apabila terdapat usahawan yang mendapat tawaran untuk membekalkan produk mereka kepada pasaraya tersebut.



Delegasi Kerajaan Negeri turut berjaya mengenalpasti keperluan produk halal yang kritikal di Kanada dan permintaan terhadap keperluan makanan halal di Kanada itu akan dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya iaitu Halal International Selangor (HIS Toyyiba) yang turut menyertai delegasi tersebut.


Usaha untuk memperkenalkan industri halal Negeri Selangor oleh YB Zawawi Mughni di Kanada pula dilakukan secara agresif apabila beliau turut mengadakan pertemuan bersama beberapa pimpinan masyarakat muslim tempatan, antara pimpinan tersebut adalah Imam Dr. Hamid Slimi yang merupakan pemimpin masyarakat muslim yang sangat dihormati di Kanada.


Pertemuan turut diadakan bersama organisasi yang mengawasi standard produk halal di Kanada seperti Halal Monitoring

Authority (HMA), pertemuan ini diadakan bagi membuka jalan yang lebih baik terhadap peluang pengembangan industri halal pada masa hadapan.


Usaha memperkenalkan industri halal negeri Selangor turut dilakukan melalui pembentangan YB Rodziah Ismail di dalam Forum Canada-Malaysia Business (Capitalizing on CPTPP) dan temubual YB Zawawi Mughni bersama media tempatan iaitu Times TV.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page