top of page

Kerajaan Selangor terbuka dialog isu ternakan berpusat Bukit Tagar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 18
  • 1 min read

Kerajaan Selangor menegaskan pendiriannya untuk kekal terbuka untuk mengadakan perbincangan dan dialog dengan semua pihak khususnya dalam usaha memastikan pelaksanaan sistem ternakan yang lebih teratur, komprehensif dan mampan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari sebagai mengulas rancangan ternakan babi secara berpusat di Bukit Tagar menegaskan bahawa Kerajaan Negeri memahami kebimbangan masyarakat serta pandangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, termasuk NGO.


"Fokus utama Kerajaan Negeri adalah untuk menutup kawasan penternakan yang tidak terurus serta membangunkan sistem ternakan baharu yang lebih moden, mesra alam dan berkonsep sifar pelepasan.


"Langkah ini bertujuan mengurangkan kesan pencemaran bau, bunyi serta gangguan terhadap penduduk sekitar, di samping menjaga kelestarian sungai dan alam sekitar," katanya dipetik.


Terdahulu Amirudin menghadiri Majlis Adab dan Warisan Sendeng Nusantara (ADIWIRA) 2026 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Shah Alam pada Sabtu.


Sementara itu ketika mengulas tindakan 37 badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum bantahan berhubung rancangan pemindahan ladang ke Bukit Tagar, beliau menegaskan pendirian Kerajaan Negeri untuk menutup ladang tidak terurus dan menggantikannya dengan satu fasiliti moden yang lebih komprehensif serta terkawal.


"Setakat ini belum ada (lokasi alternatif) kami akan terus mengenal pasti dan menyemak semula lokasi lain sekiranya terdapat keperluan


"Berkenaan dengan masalah pencemaran sebagainya, kita lihatlah sebab itu (Bukit Tagar) adalah tempat pelupusan sampah terbuka dan kalau ikutkan, itu juga mencemarkan," tambahnya.


Mengulas lanjut, Amirudin berkata, keluasan 202 hektar yang dicadangkan, adalah merangkumi zon penampan bagi mengurangkan kesan bau, bunyi dan memastikan jarak selamat daripada kawasan awam.


"Kawasan operasi sebenar kecil. Yang 500 ekar (202 hektar) itu termasuk buffer (zon)," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page