top of page

Kerajaan Selangor tawar 20,000 peluang kerja melalui Job Fair 2022



Kerajaan Negeri respons kepada kadar pengangguran yang direkodkan untuk Selangor pada suku pertama tahun 2022, iaitu sebanyak 3.2% bersamaan dengan 118,100 orang, sedikit meningkat berbanding suku keempat 2021.


Sehubungan itu, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif penganjuran program Selangor Mega Job Fair 2022 yang akan bermula pada 11 dan 12 Jun 2022 ini bertempat di MBSA Convention Centre, Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor mencari pekerjaan.


Katanya, program itu akan diadakan secara fizikal dalam skala besar selepas dua tahun diadakan secara hydbrid dengan konsep jelajah ke daerah-daerah yang terpilih disebabkan oleh SOP ketat ketika pandemik Covid-19


"Program Selangor Mega Job Fair kali ini bakal menawarkan lebih 20 ribu peluang pekerjaan yang melibatkan lebih 100 majikan antaranya ialah Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia, Malayan Banking Berhad, Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd, Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd, dan banyak lagi.


"Peluang pekerjaan yang ditawarkan meliputi pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan sebagainya," kata Khairuddin dalam kenyataan hari ini.


Beliau yang turut sama merasmikan Job Fair 2022 tersebut berharap rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di atas inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan mendaftar di www.selangorjobportal.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pekerjaan yang ditawarkan.


Program itu juga, katanya, membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan seterusnya bersama memajukan Negeri Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page