Kerajaan Selangor suntik segera vaksin kepada penduduk dikenakan PKPD


Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan memberi suntikan segera vaksin Covid 19 Selangor kepada mana-mana penduduk yang berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), seperti di Mentari Court, Petaling Jaya atau Taman Murni, Sepang.


Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk keseluruhannya menerima vaksin tanpa perlu pergi ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).


"Format itu akan dibuat dan kita susun logistik dan ikut sistem. Saya harap ia membantu proses vaksinasi. Isnin depan saya turun ke sana melihat proses di Sepang. Minimum dalam 2,000 ke 3,000 orang. Mereka tidak perlu ke PPV, kita selesaikan (suntikan) di sana


"(Proses ini) bergantung kepada bekalan vaksin, kalau cukup kita buat," katanya kepada wartawan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dalam majlis penyerahan bantuan makanan kepada mahasiswa anak Selangor, semalam,


Mengenai bantuan makanan kepada mahasiswa berkenaan, MB berkata, Kerajaan Negeri akan pergi ke semua universiti untuk menyerahkan agihan bagi mengurangkan pergerakan pelajar membeli keperluan serta membantu menampung perbelanjaan mereka yang meningkat di musim Covid 19.


"Sebagaimana dalam pakej Kita Selangor 2.0, kita sediakan RM1.25 juta untuk mahasiswa anak Selangor yang ada di kampus. Kita bekalkan makanan dan kelengkapan seperti sabun, pelitup muka dan sedikit keperluan harian serta air mineral. Kemungkinan ada kekangan untuk mereka dapatkan makanan atau kos makanan yang agak tinggi.


"Bantuan di sini untuk 350 pelajar yang duduk di kampus. Setakat ini kita ada 7,200 pelajar anak Selangor (di semua universiti). 2,000 telah terima (bantuan) dan dihantar dengan lori-lori jabatan," katanya.


Mengani kempen menaikkan bendera putih pula, MB menegaskan Kerajaan Negeri menyokong kempen tersebut bagi sesiapa yang terputus bekalan makanan dan tidak mempunyai cara lain menyatakan keterdesakan mereka.


"Ini satu perkara yang kita lihat, kalau masyarakat dan rakyat terpaksa sampai ke satu tahap, dan kita perlu menyatakan sokongan kepada mereka. Walaupun ada kes terpencil orang mengambil kesempatan, tetapi ia kecil," katanya lagi.


Menurut MB lagi, kerajaan Selangor menyediakan aplikasi bantuan untuk sesiapa yang mahu pertolongan dan agihan bekalan makanan melalui Pusat Khidmat DUN dan jabatan kerajaan mencukupi di negeri tersebut.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER