Kerajaan Selangor sokong usahawan wanita tembusi pasaran global
- Suara Keadilan

- Nov 17, 2025
- 1 min read

Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) menawarkan peluang kepada usahawan wanita menembusi pasaran antarabangsa menerusi program IbuNiaga.
Exco Pembangunan Wanita, Anfaal Saari (gambar) berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan kapasiti, meningkatkan kualiti produk, dan memperkukuh strategi pemasaran.
"Kerajaan Negeri telah menandatangani MoU dengan Taylor’s University dan Product Lab Hasil Suri Selangor (HaSSel) bersama Khadijah International Waqf Foundation. Melalui kerjasama ini:
"Pelajar Taylor’s University akan menjalankan kajian, manakala ibu berpendapatan rendah berpeluang berniaga di kampus serta menerima latihan perniagaan," katanya dipetik.
ADUN Taman Templer itu turut menjelaskan, kerjasama dengan Khadijah International Waqf Foundation pula membuka peluang peserta menghasilkan kraf untuk dipamerkan dan dijual di Merdeka 118, sekaligus meningkatkan kualiti produk untuk pasaran antarabangsa.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, melalui Belanjawan Selangor 2026 yang diumumkan Jumaat lalu, mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.8 juta untuk Pusat Wanita Berdaya Selangor.
Peruntukan ini bertujuan memperkasakan usahawan wanita di negeri ini, membolehkan mereka mengembangkan perniagaan serta menembusi pasaran global dengan produk yang lebih berkualiti.









Comments