top of page

Kerajaan Selangor sediakan pengangkutan 'balik kampung' mahasiswa anak negeri


Kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan kemudahan pengangkutan 'balik kampung' percuma kepada mahasisawa anak negeri yang menuntut ilmu di negeri lain.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pengangkutan akan diberi kepada 352 pelajar dari enam buah institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Semenanjung Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri.


"Inisiatif ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) diadakan pada 28 April lalu yang telah bersetuju untuk membenarkan pelajar IPT untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Raya Aidilfitri kecuali Wilayah Sarawak.


"Enam universiti yang terlibat adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Cawangan Parit Raja, Johor Darul Takzim; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Cawangan Pagoh; Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang; Universiti Teknikal Melaka; Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Kelantan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Amirudin lagi, proses balik kampung itu akan dijalankan dengan kawalan ketat Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) untuk memastikan kesihatan pelajar terjaga melalui pematuhan protokol kesihatan.


"Pelajar-pelajar dari Zon Utara dijangka tiba di pejabat SUK Selangor pada 8 Mei manakala pelajar dari Zon Pantai Timur dijangka tiba pada 9 Mei, dan kemudian akan disambut oleh ibu bapa mereka untuk diambil dan dibawa pulang ke rumah.


"Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban ibu bapa di Selangor yang sudahpun mengalami tekanan kewangan berikutan penularan wabak Covid-19 yang masih tinggi serta kesan ekonomi yang menyusul," katanya.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page