top of page

Kerajaan Selangor raikan persatuan Ysuku bantu mangsa banjir, p-hailing

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 15, 2022
  • 1 min read


Kerajaan Negeri menganjurkan jamuan Hari Raya Aidilfitri besar besaran untuk meraikan ahli ahli persatuan belia penunggang motorsikal Yamaha Y15ZR atau Ysuku Riders, semalam.


Menurut Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Belia Ysuku Riders itu pertama kali diadakan melibatkan ahli persatuaan berkenaan dari seluruh negeri.


"Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan penunggang motosikal Y15ZR yang sebahagian besarnya terlibat dalam industri penghantaran makanan (p-hailing) dan peranan kumpulan mereka menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir yang lalu.


"Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri menyumbangkan dana sebanyak RM 20,000 kepada Persatuan Ysuku Riders Malaysia atas sumbangan dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan motosikal.


"Semoga dengan sumbangan ini memberikan mereka semangat dan menjadi lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas dan membantu masyarakat di lapangan," katanya dalam majlis yang diadakan di pekarangan parkir Majlis Bandaraya Shah Alam di Sungai Buloh itu.


Program yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang juga menyelitkan pelbagai aktiviti menarik seperti beramah mesra bersama pemimpin, pameran motosikal Yamaha Y15ZR


Majlis dimeriahkan dengan nyanyian artis jemputan yang membuat persembahan seperti Ayu Damit, Mus dan Asheed Def Gab C.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page