top of page

Kerajaan Selangor peruntuk RM3 juta insentif haji muassasah



Kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM3 juta untuk program Insentif Haji Muassasah 1445H/2024M.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sehubungan itu 6,000 bakal jemaah haji negeri itu akan menerima manfaat RM500 seorang iaitu peningkatan sekali ganda berbanding tahun lepas.


Katanya, peruntukan Insentif Haji Muassasah 1445H / 2024M itu diluluskan dalam Belanjawan Selangor 2024 pada November lalu.


"Jumlah bakal jemaah yang dibantu dan amaun yang diperuntukkan tahun ini adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu Amirudin menambah, bagi memudahkan proses pendaftaran, bakal jemaah boleh memohon untuk Insentif Haji Muassasah bermula 6 Mei hingga 23 Ogos di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.


"Mereka hendaklah membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2024 dengan paparan KOD MUAS," jelasnya.

Insentif tersebut diperkenal pada 2022, setakat ini seramai 6,000 jemaah muassasah telah dibantu oleh Kerajaan Negeri Selangor, iaitu 3,000 jemaah pada 2022, dan 3,000 lagi pada 2023.


Ia diharap dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page