top of page

Kerajaan Selangor peruntuk RM2.53 bilion, sasar empat teras



Oleh: Abdullah Zaid


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mensasarkan empat teras bagi memperkasa Belanjawan Selangor 2024.


Jelasnya, dengan tema Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan, Kerajaan Negeri memperuntukan RM2.53 bilion bagi RM 1.33 bilion perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion bagi melaksanakan pembangunan negeri.


Beliau turut menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2.2 bilion tahun depan berdasarkan rekod pencapaian pada Ogos 2022 dan September 2023.


"Antara penyumbang utama kepada hasil negeri tahun 2024 adalah premium tanah sebanyak RM 890.94 juta bersamaan 40.5 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan.


"Penyumbang kedua terbesar hasil cukai tanah sebanyak RM622.65 juta (28.3 peratus) dan ketiga pemberian persekutuan berjumlah RM212.96 juta, 9.7 peratus daripada pendapatan 2024," katanya.


Amirudin berkata belanjawan kali ini turut mengalami defisit berjumlah RM330 juta, namun lebih rendah berbanding tahun lalu dengan pengurangan sebanyak RM120 juta.


Meskipun perbelanjaan defisit sejak enam belanjawan lalu, jelasnya, Kerajaan Negeri akan mengambil langkah untuk mengurangkan angka tersebut kepada satu jumlah yang munasabah.


"(Ia) menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik tanpa menjejaskan output dan impak perbelanjaan," katanya lagi.


Justeru itu, katanya, Kerajaan Negeri mensasarkan empat ikhtiar bagi memperkasakan pembangunan Selangor secara mampan.


"Pertama, pemangkin pelaburan berkualiti, menjana pendapatan tinggi; kedua, mengangkat pendidikam lestasi bagi menjamin alam sekitar lestari; ketiga, menaungi kebajikan rakyat dan keempat, mengangkat kesatuan ummah," kata beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page