Kerajaan Selangor perluas kempen tolak budaya buli
- Suara Keadilan

- Sep 3
- 1 min read

Kerajaan Selangor menegaskan komitmen untuk membanteras budaya buli dengan memperluaskan kempen kesedaran bermula di peringkat sekolah hingga ke komuniti akar umbi.
Exco Belia Mohd Najwan Halimi berkata, usaha tersebut akan digerakkan secara menyeluruh melibatkan pelbagai pihak, termasuk Penggerak Belia Selangor (PeBS), Wanita Berdaya Selangor (WBS), ketua komuniti, ketua kampung serta ahli majlis di kawasan masing-masing.
"Budaya buli wajar ditolak kerana ia bukan sahaja merosakkan keharmonian dan struktur sekolah, meninggalkan trauma serta kesan psikologi jangka panjang kepada mangsa
"Kempen telah digerakkan di peringkat PeBS termasuk meminta agensi berkaitan melaksanakannya di peringkat komuniti masing-masing.
"Dijalankan secara berperingkat di peringkat akar umbi menerusi kerjasama WBS, ketua komuniti, ketua kampung dan ahli majlis, kita minta mereka meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya di sekolah betapa bahaya kegiatan buli," katanya dipetik.
Sebelum ini Kerajaan Negeri telah menyatakan komitmen tegas dalam menangani isu yang membimbangkan itu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tumpuan khusus akan diberi kepada sekolah berasrama di bawah kelolaan negeri dan tiada sebarang kompromi terhadap perbuatan buli yang membawa kesan psikologi dan fizikal yang serius itu.









Comments