top of page

Kerajaan Selangor perkukuh usaha atasi banjir, kebersihan - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

Kerajaan Selangor memfokuskan usaha menyelesaian isu banjir dan kebersihan di negeri itu bagi memastikan pembangunan ekonomi negeri berjalan seiring dengan kesejahteraan rakyat.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, kedua-dua isu berkenaan memerlukan perancangan rapi serta kerjasama pelbagai pihak.


Tambahnya, walaupun isu tersebut tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat, Kerajaan Negeri kekal optimis mampu melakukannya berdasarkan rekod pencapaian serta pendekatan penyelesaian yang telah dilaksanakan sebelum ini.


"Matlamat kita adalah menjadikan Selangor sebuah negeri yang lebih baik, bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga melahirkan rakyat yang kuat, sihat dan sejahtera. Kita bersama-sama dalam kemajuan dan pembangunan yang ada," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika lawatan ke beberapa projek di Parlimen Gombak serta penyerahan sumbangan Program Kembali ke Sekolah kepada pelajar di DUN Gombak Setia, semalam.


Sementara itu Amirudin menegaskan walaupun Selangor mencatatkan pelaburan melebihi RM100 bilion tahun lalu serta mewujudkan lebih 30,000 peluang pekerjaan, kerajaan negeri tidak akan berasa selesa dengan pencapaian tersebut.


Pelbagai inisiatif seperti Jualan Ehsan Rahmah dan Ehsan Mart dilaksanakan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup ditanggung rakyat.


Dalam masa sama, pihaknya turut melakukan semakan setiap enam bulan bagi mengenal pasti rakyat miskin tegar supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera.


"Jika dikenal pasti dalam kategori miskin tegar, Kerajaan Negeri akan mengikhtiarkan bantuan melalui pelbagai saluran termasuk Lembaga Zakat Selangor, BINGKAS dan STR bagi membantu mereka keluar daripada kelompok berkenaan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page