top of page

Kerajaan Selangor perhebat usaha tangani isu dokumen diri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 13
  • 1 min read

Saifuddin (tengah) bertemu Pengarah JPN Selangor, Muhammad Hafiz Abdul Rahim
Saifuddin (tengah) bertemu Pengarah JPN Selangor, Muhammad Hafiz Abdul Rahim

Oleh: Azuan Ab Rahman


Sebanyak 1,000 kes kanak-kanak tanpa sijil kelahiran berjaya diselesaikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor sepanjang tahun lalu.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad menegaskan, isu ketiadaan dokumen diri itu tidak boleh dipandang ringan kerana menyebabkan seseorang individu terhalang menikmati akses pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas disedia kerajaan.

"Tiada sijil kelahiran bermakna hilang hampir semua keistimewaan sebagai warganegara Malaysia, biarpun ibu bapa adalah orang tempatan," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Saifuddin berkata begitu selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah JPN Selangor, Muhammad Hafiz Abdul Rahim, di pejabat jabatan itu semalam.


Sementara itu menurut beliau, beberapa isu utama berkaitan rakyat Selangor telah dibincangkan dalam pertemuan itu, termasuk hal ehwal kewarganegaraan, pengeluaran kad pengenalan dan pendaftaran kelahiran.


Beliau turut mencadangkan kerjasama lebih rapat antara JPN Selangor dan 56 Pusat Khidmat di seluruh negeri bagi memastikan setiap peristiwa penting dalam kehidupan rakyat direkodkan dengan teratur merangkumi pendaftaran perkahwinan bukan Islam, pengangkatan serta kematian supaya tiada rakyat yang tercicir daripada sistem pendaftaran negara.


Saifuddin menerusi hantaran sama turut menegaskan bahawa pentadbiran negeri kekal komited untuk melindungi hak rakyat serta memperkukuh kecekapan dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.


Kerjasama strategik Kerajaan Negeri dengan agensi persekutuan penting bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan asas negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page