top of page

Kerajaan Selangor mohon maaf gangguan air sebelum Hari Natal



Kerajaan Selangor memohon maaf atas kejadian pencemaran bau yang berlaku sehari sebelum sambutan Hari Krismas yang menjejaskan 470 kawasan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu dikesali biarpun kemalangan berlaku di luar negeri Selangor, namun memberi kesan kepada rakyat negeri itu.


"Saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku pada malam sebelum sambutan Krismas ini.


"Saya sudah berhubung dengan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan akan berusaha sedaya upaya memulihkan bekalan air secepat mungkin bagi kemudahan semua rakyat," katanya dalam kenyataan.


Amirudin turut memaklumkan susulan kejadian itu, Pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga sedang menggerakkan 85 buah lori tangki air ke kawasan yang terkesan.


Air Selangor juga menggerakkan tangki statik bagi membantu meringankan beban pengguna terutama di premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian, sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Serbuk arang diletakkan bagi menapis pencemaran

Semalam pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi.


Ia akibat dari tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia di Negeri Sembilan sekitar enam kilometer dari Selangor.


Susulan itu, kedua-dua LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Kerajaan negeri melalui agensi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah melaksanakan beberapa langkah dengan serta-merta bagi menangani pencemaran.


"Antara langkah yang diambil adalah meletakkan tiga 'oil boom' dan satu kotak 'oil pad' di sekeliling kawasan pencemaran bagi pencegahan awal; meletakkan 12 beg Activated Carbon (AC) bagi mengurangkan kesan pencemaran.


"Menyedut sisa cecair berkenaan oleh kontraktor yang dilantik oleh LUAS dan juga bantuan dua lori tanker sedut milik pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan melepaskan air Empangan Sungai Semenyih pada kadar 360 juta liter sehari (JLH) bagi tujuan meningkatkan kadar pencairan di Sungai Semenyih untuk mengurangkan kesan bau pencemaran," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page