top of page

Kerajaan Selangor kukuh kerjasama strategik dengan KDN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Saifuddin (kanan) bersama Omar Mokhtar dalam kunjungan ke KDN
Saifuddin (kanan) bersama Omar Mokhtar dalam kunjungan ke KDN

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh hubungan strategik dengan Persekutuan bagi menyelaras pelbagai isu kepentingan rakyat di negeri itu.


Sehubungan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad melakukan pertemuan rasmi bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Omar Mokhtar A Manap di Putrajaya pada Rabu.


Pertemuan itu jelas beliau bagi membuka ruang perbincangan yang konstruktif ke arah mempertingkat kerjasama antara kerajaan negeri dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya melibatkan keselamatan dan kebajikan awam.


"Perbincangan memberi tumpuan kepada isu-isu teras termasuk keselamatan awam, fungsi serta peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM), isu kewarganegaraan dan perkara berkaitan pendaftaran di bawah seliaan agensi KDN.


"Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan pelaksanaan program dwifungsi melibatkan golongan belia yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun hadapan, sebagai usaha memperkasa peranan anak muda dalam pembangunan negara," katanya dalam satu kenyataan.


Sementara itu tambahnya, pertemuan juga mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian dalam memastikan tadbir urus yang cekap serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat.


"Kerajaan Madani akan terus menumpukan perkara-perkara berkepentingan demi kesejahteraan rakyat di semua peringkat negeri dan persekutuan," tambahnya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page