top of page

Kerajaan Selangor julang semangat kesaksamaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read

DS Amirudin menerima penghargaan dari Persatuan Teochew Malaysia di Dewan SJKC Pandamaran B
DS Amirudin menerima penghargaan dari Persatuan Teochew Malaysia di Dewan SJKC Pandamaran B

Pengagihan peruntukan sama rata kepada semua jenis sekolah di negeri Selangor oleh Kerajaan Negeri merupakan terjemahan kepada semangat kesaksamaan dan saling menghormati.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semangat tersebut merupakan sebahagian dari dasar diamalkan pentadirannya dalam mengemudi kemakmuran negeri dalam kepelbagaian masyarakat.


"Apabila kita memberikan peruntukan untuk sekolah, kita menyalurkan kepada sekolah agama dan sekolah kebangsaan, tetapi pada masa yang sama kita tidak melupakan sahabat kita di sekolah Cina dan sekolah India.


"Setiap tahun tanpa gagal, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta hingga RM9 juta kepada sekolah Cina di Selangor," katanya.


Amirudin berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-91 Persatuan Teochew Malaysia di Dewan SJKC Pandamaran B, hujung minggu lalu.


Sebagai rekod, sejak 2009 Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan sebanyak RM101 juta kepada sekolah agama rakyat (SAR), RM72.5 juta kepada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan RM16 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina.


Manakala sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) menerima RM59.6 juta, diikuti RM6.8 juta kepada sekolah mubaligh serta RM3.3 juta sekolah Kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.


Sementara itu tambahnya, masyarakat Malaysia sangat menitik berat semangat bersatu padu dan hidup sebagai satu bangsa yang bebas dan berdaulat.

"Kita perlu lebih memahami antara satu sama lain supaya lahir rasa kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar, sebuah masyarakat yang adil dan hidup dengan aman damai," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page