top of page

Kerajaan Selangor jalankan siasatan rapi daging haram dilabel halal



Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan satu siasatan rapi dijalankan berhubung kes daging seludup haram yang ditampal logo halal dan didakwa dibawa masuk melalui Pelabuhan Klang.


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah mendapat laporan lengkap daripada Bahagian Pengurusan Halal, JAIS berkenaan isu tersebut.


Katanya, Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad telah mengarahkan penubuhan pasukan khas berkenaan untuk menjalankan siasatan di bawah peruntukan Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.


"Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa memantau rapat kes pengedaran daging sejuk beku seludup yang tidak mendapat perakuan halal dan penandaan logo halal palsu ini.


"Kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan kegiatan tidak bertanggungjawab itu menjejaskan maslahah rakyat negeri ini khasnya dan seluruh negara amnya.


"Kami berharap rakyat bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang boleh mengelirukan masyarakat. Kerjasama masyarakat untuk membanteras penyalahgunaan ungkapan dan penandaan halal sangat diharapkan dan sekiranya terdapat mana-mana premis

yang diragui atau didapati melakukan kesalahan tersebut bolehlah dilaporkan kepada pihak JAIS," katanya.


Kegiatan pengedaran daging sejuk beku seludup yang diimport dari luar negara tanpa perakuan halal dan telah dipalsukan maklumatnya mula dihidu oleh pihak berkuasa apabila ditularkan di laman media sosial Facebook milik Sinar Harian bertarikh 5 November 2020.


Menerusi temubual bersama Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dalam perkongsian Facebook berkenaan, terdapat aktiviti pengedaran daging seludup tidak halal dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Pelabuhan Klang dan melalui proses pembungkusan semula (repacking) dan ditandakan dengan logo halal.


Menurut Zawawi lagi, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pemalsuan logo halal atau menukar daging haram kepada halal boleh menghubungi JAIS di talian 03-5514 3725/3696/3486.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page