top of page

Kerajaan Selangor hargai bantuan RM10,000 dari PM buat mangsa korban tanah runtuh



Kerajaan Negeri menghargai bantuan RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (gambar, tiga dari kiri) berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan secepat mungkin kepada keluarga mangsa.


"Dengan pengumuman YAB PM Anwar Ibrahim tadi, Kerajaan Negeri Selangor rakam penghargaan di atas peruntukan untuk disalurkan kepada mangsa tragedi tanah runtuh.


"Bantuan ini akan disalur secepat mungkin.


"Semoga ia akan depat meringankan beban mangsa dan para keluarga," katanya.


Beliau mencatat di Facebooknya demikian selepas lawatan ke kawasan tapak bencana berkenaan pada malam tadi bersama PM Datuk Seri Anwar dan Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil.


Dalam perkembangan berkaitan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 12 lagi mangsa yang belum ditemukan dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya di Batang Kali, disambung semula jam 8 pagi tadi.


Hal itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis dan operasi SAR tertumpu kepada dua daripada tiga sektor kawasan pencarian melibatkan sektor B (kem Farmview) dan sektor C (berhampiran kem Riverside).


Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page