
Kerajaan Negeri telah menghantar misi bantuan banjir kepada mangsa di Baling, kelmarin.
Misi tersebut dilepaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. Keseluruhan misi mengandungi 209 anggota daripada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sukarelawan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).
"Selain daripada para sukarelawan, lebih 33 jentera merangkumi lori Roll-On-Roll-Off (RORO), kenderaan pacuan empat roda, jentolak dan 112 peralatan untuk pembersihan daripada Skuad PANTAS turut dihantar ke sana.

"Mereka akan berada di 12 lokaliti yang telah ditentukan untuk membantu proses pembersihan.
"Semoga usaha dan ikhtiar ini diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT. Marilah kita berdoa agar rakan-rakan kita yang ditimpa musibah diberi kekuatan dan ketabahan," katanya
Majlis perlepasan misi bantuan itu diadakan di hadapan Bangunan SUK Selangor yang menempatkan pejabat MB dan Exco negeri.
Turut bersama adalah Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd Khairuddin Othman