top of page

Kerajaan Selangor berjaya selesai sepenuhnya isu pampasan FELDA Sg Buaya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 20
  • 1 min read
Seorang peneroka FELDA Sg Buaya memeluk gembira DS Amirudin kerana isu pampasan berjaya diselesaikan
Seorang peneroka FELDA Sg Buaya memeluk gembira DS Amirudin kerana isu pampasan berjaya diselesaikan

Lebih 30 tahun menanti, isu penyerahan hak milik dan pampasan kepada 393 bekas peneroka FELDA Sungai Buaya di Hulu Selangor akhirnya berjaya diselesaikan sepenuhnya atas usaha Kerajaan Negeri Selangor.


Penyelesaian bayaran akhir oleh pemaju Murna Jaya Development Sendirian Berhad (MJD Berhad) ini menjadikan jumlah keseluruhan pampasan yang dibayar kepada peneroka sepanjang tempoh 1994 hingga 2025 mencecah RM375 juta.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, kejayaan itu susulan beberapa pertemuan serta serahan dokumen hak milik serta pampasan ganti rugi bermula 2018 atas inisiatif Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

"Akhirnya, melalui bantuan serta campur pelbagai pihak, kerajaan negeri dapat menyelesaikan hal yang tertangguh selama ini.


"Baki akhir keseluruhan RM 110.5 juta pada tahun 2025 berjaya dilunaskan. Kami puas dan bersyukur, namun, rasa ini tidak dapat menandingi kegembiraan 363 keluarga peneroka yang menanti selama lebih 31 tahun," kata Saifuddin yang juga Penyelaras DUN Batang Kali.


Majlis penyerahan bayaran disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di pekarangan pejabat operasi MJD Berhad di Bandar Sungai Buaya pada Jumaat.


Sementara itu Amirudin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mencari penyelesaiaan terhadap isu yang sekian lama berlarutan itu.

"Alhamdulillah, satu lagi penyelesaian yang bukan hanya oleh Kerajaan Negeri yang saya telah mulakan sejak 2018 tetapi MJD Berhad, Pejabat Tanah Daerah termasuk pejabat penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali dan Parlimen Hulu Selangor termasuk bekas wakil rakyatnya Datuk P Kamalanathan.


"Jadi saya mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi pemain penting menyelesaikan isu ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page