top of page

Kerajaan Selangor berjaya kumpul sumbangan RM223,957 tabung kemanusiaan

Updated: May 25, 2021


Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengutip sumbangan RM223,957.77 untuk Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin sejak ia dibuka pada 19 Mei lalu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amrudin Shari (gambar ihsan TVS) berkata, tabung bagi membantu rakyat Palestin dan dilancarkan pada hari ini menyasarkan kutipan RM1 juta dalam tempoh 10 hari.


"Penyumbang terawal adalah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) berjumlah RM107,930, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM67,000), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM21,250) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia Selangor (RM10,000).


"Turut menghulur sumbangan adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Mohd Sany Hamzan (RM7,777.77) serta sumbangan peribadi saya berjumlah RM10,000," katanya dalam majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin di Kediaman Rasmi Menteri Besar, pagi tadi.


Menurut Amirudin, kutipan tabung itu akan diserah kepada Global Peace Mission Malaysia (GPM) untuk pembelian SelangorAid Ambulans yang dilengkapi pelbagai kelengkapan bernilai RM350,000 dan SelangorAid trak berharga RM450,000.


Manakala baki sumbangan berjumlah RM150,000 digunakan untuk pembelian makanan dan minyak generator sebanyak RM50,000.


Selain itu, Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin juga, katanya akan digunakan untuk misi bantuan dalam dan luar negara pada masa hadapan.


"Bantuan merentasi sempadan negara atau negeri tidak boleh terhenti kerana masih banyak masyarakat di luar sana memerlukan sokongan kita.


"Semoga banyak syarikat atau individu tampil menghulur sumbangan, sedikit pemberian daripada kita besar ertinya kepada golongan dihimpit penderitaan," katanya dipetik.


Pihak yang menyumbang bakal menikmati pengecualian cukai pendapatan dengan diberi resit pengecualian oleh Kerajaan Negeri.


Penyumbang boleh mendapatkan maklumat menerusi laman sesawang www.pedulipalestin.com/selangor atau menyalurkan bantuan ke nombor akaun 8604747531 – Bendahari Negeri Selangor (CIMB ISLAMIC) dengan rujukan Palestin.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page