top of page

Kerajaan Selangor akan laksana pencegahan Covid 19 skala besar di sektor industri



Kerajaan Negeri Selangor akan melakukan beberapa program bagi memastikan sektor industri tidak lagi menjadi penyumbang utama kluster baharu jangkitan Covid 19 di negeri itu.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan Covid-19 Negeri Selangor yang berlangsung semalam telah memutuskan untuk melaksanakan program saringan Covid berskala besar bagi menangani jangkitan yang semakin serius.


"Mesyuarat telah mengenalpasti kilang-kilang di seluruh Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak.


"Oleh itu Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS). POIS adalah program saringan di semua kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencipta kluster dan perebakan. Ini bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja. POIS akan dilaksanakan dengan kerjasama JKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).


"Bagi mengelakkan tercetus kluster-kluster baru di kilang dan tempat kerja, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif di kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama untuk pengesanan kontak rapat


"Mesyuarat turut membincangkan cadangan menambah pusat Covid Assessment Center (CAC) terutama di daerah Petaling, Hulu Langat dan Gombak.


"CAC berperanan menganalisa pesakit Covid-19 bagi dikelaskan mengikut kategori tertentu sebelum dibawa ke pusat kuarantin ataupun hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata Amiruddin, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) telah memaklumkan bahawa Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang telah ditambah baik fasiliti dan mampu menampung tambahan 6,000 orang pesakit. Fasiliti khas seperti khemah ICU dan peralatan perubatan turut disediakan.


Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan Covid-19 yang dipengerusikan oleh MB itu turut membincangkan faktor-faktor peningkatan mendadak kes Covid-19 di Selangor, khususnya yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) petang semalam.


"Taklimat oleh JKNS menjelaskan bahawa peningkatan kes disebabkan beberapa faktor. Antaranya kes kumulatif (backlog cases) dari saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta yang tidak dilaporkan secara terus ataupun ‘real time’. ‘Backlog’ ini boleh dikesan dari kes yang berlaku 10 hari yang lalu.


"Bagi mengatasi masalah itu pihak JKNS akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA)," katanya lagi.


Selain itu, Amiruddin juga menyeru semua rakyat untuk bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 dengan mengamalkan pematuhan SOP. Kekal konsisten memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.


"Selangor tanggungjawab kita. Hanya dengan semangat kekitaan ini sahaja yang akan dapat memutuskan rantaian wabak ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page