Kerajaan Selangor agih bantuan bakul makanan bantu tangani kesan Covid 19



Kerajaan Negeri Selangor mula mengagihkan bantuan bakul makanan bagi menangani kesan kesukaran ekonomi rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid 19.


Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari, Bantuan Bakul Makanan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Kita Selangor yang diumumkan Kerajaan Negeri pada 20 Januari lalu dengan peruntukan keseluruhan RM73.877 juta.


"Jumlah penerima bagi Bantuan Bakul Makanan kali ini adalah sebanyak 2,361 orang penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR), 6,233 orang pemandu teksi iaitu termasuk teksi tempatan, teksi lapangan terbang, kereta sewa dan limosin.


"Juga 1,601 orang pemandu bas sekolah, 8,432 orang pemandu lori KDEB Waste Management dan 6,000 ketua isi rumah Orang Asal di negeri Selangor," katanya dalam majlis penyerahan bantuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Shah Alam, petang tadi.


Sementara itu, menurut beliau pemberian makanan kering (dry food) atau makanan bermasak (cooked food) akan dilakukan secara berperingkat dan diselaraskan oleh beberapa jabatan.


Agensi dan anak syarikat Kerajaan Negeri yang terlibat adalah seperti Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), KDEB Waste Management dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Negeri Selangor.


"Kerajaan Negeri berharap inisiatif Bantuan Bakul Makanan Selangor ini dapat membantu meringankan beban rakyat dan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan impak pandemik Covid-19 yang masih belum reda," katanya lagi.


Selain itu, Amirudin turut menggesa rakyat Selangor terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan negeri itu masih mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 yang tinggi.


Kerajaan Negeri, katanya akan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha memutuskan rantaian Covid-19 serta memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian sewajarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER