top of page

Kerajaan Selangor agih 600 ekor lembu, 1,000 ekor kambing korban Aidiladha

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Jul 7, 2022
1 min read


Kerajaan Negeri akan mengagihkan sebanyak 600 ekor lembu, 1,000 ekor kambing untuk ibadah korban kepada masjid dan surau sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.


Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, sumbangan itu akan melibatkan kos sebanyak RM5.05 juta.


"Ibadah korban ini akan diagihkan kepada masjid dan surau, badan bukan kerajaan serta pusat khidmat masyarakat di seluruh negeri.


"Dengan kelonggaran SOP selepas negara beralih ke fasa endemik, sambutan tahun ini dijangka lebih meriah dengan penambahan penyertaan. Semoga kita semua dilimpahi keberkatan menyempurnakan ibadat ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page