top of page

Kerajaan Sehabis Daya Berusaha Tambah Stok Beras Di Pasaran

Updated: Apr 11



Oleh: Dr Mohd Fauzi Fadzil


ULASAN: Negara digemparkan dengan kenyataan oleh Tan Sri Datuk Johari Abdul selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkenaan cadangan beliau supaya kekurangan bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di pasaran digantikan oleh pengambilan ubi kayu sebagai alternatif bagi golongan yang kurang berkemampuan. Cadangan ini menjadi bahan ejekan sesetengah pihak sehingga mengalihkan perhatian sebenar isu yang sedang diperbahaskan iaitu kekurangan BPT dalam pasaran tempatan terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri.


Kerajaan MADANI sedar bahawa polisi 60% pasaran beras di Malaysia sepatutnya dikuasai oleh BPT tidak terlaksana apabila pasaran Beras Putih Import (BPI) telah menguasai lebih daripada kadar yang ditetapkan iaitu 40%.


Wujud cadangan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini yang akan dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI, namun Kerajaan MADANI yang sentiasa berusaha mendengar keluhan rakyat mahu menjaga kepentingan semua pemegang taruh termasuklah pihak pengusaha (penanam padi, pengilang dan peruncit). Justeru cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia MADANI masih dalam pertimbangan dan tidak dilaksanakan buat masa sekarang.


Beras ditambah namun masih kurang di pasaran


Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan seterusnya telah berusaha merangka dasar padi dan beras melibatkan lima kementerian dengan mengambil kira kepentingan para petani, pengilang, pengedar serta peruncit.

Dr Mohd Fauzi Fadzil

Wujud pelbagai pertimbangan dalam menyelaraskan harga dan bekalan BPT seperti penerimaan subsidi beras oleh golongan pekerja asing berdaftar di Malaysia yang berjumlah 2.7 juta orang. Mungkin dari sudut ini usaha Kerajaan MADANI memperkenalkan PADU akan dapat membantu menyelaraskan penyaluran subsidi beras kepada rakyat yang berkelayakan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong perlu sedar tentang usaha murni ini.


Perayaan Aidilfitri yang semakin hampir menyebabkan PMX selaku peneraju Kerajaan MADANI telah mengarahkan stok bekalan beras diedarkan ke seluruh negara bermula Februari 2024. Namun menjelang Mac 2024 masih wujud rungutan kekurangan BPT dalam pasaran yang diterima oleh Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.


Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kerana PMX telah mengarahkan 140,000 tan metrik beras putih untuk diedarkan, namun tinjuan yang dilakukan melaporkan bahawa hanya 10 daripada 60 lokasi yang dilawati oleh Task Force NACCOL mempunyai bekalan beras yang mencukupi. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana laporan oleh Majlis Keselamatan Negara menyatakan stokpail beras negara mencecah sehingga 290,000 tan metrik.


Ada anasir sembunyikan BPT?


Keadaan ini menimbulkan pertanyaan ke manakah hilangnya BPT yang diarahkan untuk pengagihan oleh Kerajaan MADANI? Itu adalah isu sebenar yang perlu diberi perhatian. Kerajaan telah berusaha untuk membekalkan keperluan BPT yang mencukupi tetapi ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh.


Task Force NACCOL ada menyatakan kebimbangan bahawa mungkin kampit BPT ditukar kepada kampit BPI, lebih membimbangkan jika wujud usaha menyembunyikan BPT bagi memastikan harganya melambung menjelang musim perayaan Aidilfitri.


Semua pihak termasuk pembangkang perlu membahaskan saranan oleh Tan Sri Datuk Johari Abdul secara lebih berfokus, cadangan tersebut bukanlah suatu paksaan tetapi sekadar alternatif kepada keluarga yang terkesan teruk akibat masalah kos sara hidup.


Janganlah menghina ubi kayu sebagai makanan masyarakat Orang Asal, ubi kayu pernah menjadi makanan ruji masyarakat Melayu semasa zaman darurat 1940-an dan sehingga kini masih menjadi makanan ruji masyarakat di Sarawak.

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page