top of page

Kerajaan sediakan STR, IPR basmi kemiskinan tegar



Kerajaan Perpaduan terbukti bersungguh sungguh mahu menghapuskan kemiskinan tegar apabila menyediakan 2 jenis bantuan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada kelompok sasaran.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian di Dewan Rakyat dalam sesi pertanyaan kepada PM, pagi ini.


"Tambahan peruntukan saya umumkan iaitu Fasa 1 STR yang dilaksanakan 17 Januari melibatkan 8.7 juta penerima berjumlah RM1.67 bilion.


"Fasa kedua STR pula dilaksanakan 5 April ini, pertengah Ramadan. Kalau kita lihat setakat 28 Mac ada tambahan 574,886 permohonan baharu diterima. Kalau ikut fasa pertama fasa kedua, dan saya percaya Ogos ini kita akan beri perkembangan berikut," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Idris Ahmad yang mahu tahu tahap usaha kerajaan dalam menokhtahkan kemiskinan tegar di Dewan Rakyat sesi pagi.


Anwar berkata, beliau berpuas hati kerana kaedah penyampaian dan program bantuan yang diberi kerajaan telah sampai kepada golongan sasaran, dan berharap kemiskinan tegar boleh dihapus segara dengan kedua dua program tersebut.


"Bermakna saluran itu sampai langsung untuk jumlah yang besar, dan memudahkan kita untuk menangani masalah kemiskinan tegar ini. Kategori kemiskinan tegar ini dapat dua kali (bantuan) tambahan pertama STR, kedua IPR," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page